Followers

Tuesday, January 31, 2012

Aku di bumi Nogori..





Assalaamualaikum...

sekian lama tak update walaupun dah balik rumah.Mood tak datang langsung nak mengupdate ape2 kat sini.Sebagaimana diketahui,aku bukanlah suka  nak bercerita hal2 artis menang anugerah bagai..lagilah aku tak suka.Hal yang memang kebanyakan orang dah tahu kot,macam takde faedah nak cerita...Itu bagi aku la..bagi orang lain maybe lain pulak pandangannya...

so,dari cerita hal2 artis baik aku cerita pengalaman aku sepanjang program bakti siswa. Apa itu program bakti siswa?Program ini merupakan program keluarga angkat dimana melibatkan siswa siswi UUM dengan masyarakat kampung. Ini bakti siswa aku yang ketiga dan bermakna aku dah ada tiga keluarga angkat. Bakti siswa kali ni dijalankan di nogori sembilan di FELDA BUKIT ROKAN.

mula2 aku agak risau takut tak boleh berkomunikasi dengan masyarakat sana..dialek sana agak pekat jugak,tapi bila dah sampai rupa2nya orang2 kampung boleh je cakap luar.jadi hilanglah kerisauan aku tu..hehe..tapi,nenek angkat aku memang cakap nogori..sosah jugak la den nak faham apa dia tanya,apa dia cakap..nasib baik ada ibu yang kadang2 tolong translatekan ape yang nenek cakap..hehe..

Menurut ibu, felda bukit rokan ni dibahagikan pada beberapa peringkat yang mana peringkat2 ni merupakan kedatangan awal peneroka2 ke felda tersebut. rumah ibu aku di peringkat tiga.Pengalaman di sana bagi aku sangat seronok dan orang kampung pun ramah.

Saat yang paling aku tersentuh bila kami bergerak untuk beri sedikit bantuan barangan dapur untuk ibu2 tunggal yang ada di felda tu. Sungguh sedih melihat kedaifan beberapa keluarga.Ada yang sakit tua terbaring di katil, ada yang lumpuh sebelah badan..ada yang rumahnya daif..Sungguh mendatangkan keinsafan pada diri aku dan terus teringat abah dan mak aku.Walaupun kehidupan aku tidaklah seperti orang kaya,tapi cukup makan pakai.Mak abah berusaha untuk bagi kehidupan yang selesa untuk aku adik beradik.Aku harap,aku tak jadi anak yang lupa pada keluarga.Insyaallah!!!


Saat2 nak pulang semula ke destinasi masing2 memang menghibakan. Walaupun hanya beberapa hari,tapi aku rasa macam dah kenal lama.Adik angkat aku peluk aku erat masa aku dah nak naik bas.Dia menangis.Gadis yang ceria,penuh dengan gelak ketawa sepanjang dengan adik.Intan dan abang,walaupun agak senyap,tapi aku tahu mereka anak2 yang baik,adik2 yang baik.Nenek pun menangis bila kami dah nak balik. Nenek,kak ngah mintak maaf sebab..err..kak ngah terbuang gambar kite..huhu..kak ngah baru ingat nak hantar gambar tu pada nenek..tapi takpe, kaksu ade simpan..hehehe...

Salam kerinduan buat ibu,adik,intan,abang dan nenek..insyaallah,ada jodoh, kami sampai lagi ke sana..Doa kak ngah,ibu sekeluarga sentiasa tabah menempuh kehidupan,bahagia dan dirahmati Allah selalu..



aku dan ibu n adik beradik angkatku yg senget..hehe..


Sunday, January 15, 2012

STRATEGI SYAITAN MEMPENGARUHI WANITA

Assalamualaikum..

Syaitan memiliki berbagai cara dan strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, jadi dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan oleh Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap yang digunakan syaitan bagi mempengaruhi WANITA:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama. Ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.
Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?”
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak “cool”! Cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ya?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy” katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Sumber : pmram.org

Saturday, January 14, 2012

bukan sekadar suami..

Assalamualaikum..


sebuah senyuman,
sebening pandangan mata hati,
mungkin itu aku yang dulu...


selakar kata-kata manis,
indah ucapan cinta,
mungkin itu aku yang dulu...


selaut kasih diimpi,
setinggi langit memayungi diri,
itu mungkin aku yang dulu...


namun...hanya dengan sepatah kata...
aku kini mahu menjadi yang baru...



sebuah senyuman,
sebening pandangan mata hati,
biarlah untuk aku yang nanti bergelar sang isteri..



selakar kata-kata manis,
indah ucapan cinta,
biarlah untuk aku yang menunggu selesai ijabkabulku..



selaut kasih diimpi,
setinggi langit memayungi diri,
biarlah untuk aku yang bergelar kekasih syurgamu..


kasih yang ku simpan bukan seperti dulu..
yang aku cari bukan sekadar suami,
tetapi pembimbing diri..


yang aku cari yang boleh menunjukkan salahku,
yang aku cari yang tidak menafikan kekhilafanku..
yang aku cari yang sentiasa membuatkan aku 
sentiasa mengingati....
YANG MAHA MEMBERI KASIH INI...






moga sentiasa diberi sabar..manusia selalunya bila ternampak kelemahan pada orang yang dicintai,kita mahu ubah dia supaya dia jadi seperti yang kita nak..hakikatnya,kalau benar dia yang kau cinta,walau bagaimanapun dia,kau takkan mengubahnya melainkan dari hatinya sendiri...


orang yang kau cinta bukan yang bisa memelukmu untuk menenangkan kamu selagi kamu bukan yang halal baginya..orang yang kau cinta bukan yang menggenggam jari2mu menunjukkan keprihatinannya selagi tiada namamu dalam lafaz akadnya..orang yang kau cinta akan menghormati kamu sebagai wanita..bukan untuk dijadikan penghibur diri...






Friday, January 13, 2012

bukan hamba cinta,cuma secebis rasa




   Assalamualaikum..




bukan ku memperhambakan cinta,
cuma menyimpan secebis rasa sayang untuk yang dihati..
tak pernah terluah daripada lisanku,
biarlah begitu hingga benar kau penyeru ijab kabulku..
namun tetapku simpan dihati
biar Dia saja yang mengerti...

terima kasih kerana berada di persada hati..
kekal lah di situ..
moga bertemu nanti..

-setia menanti bersama Allah-



nukilan hati-anna farhana-

Saturday, January 7, 2012

Aku orang Asing..



Assalamualaikum..

rugikah aku sekiranya kehilangannya?orang yang tidak menghiraukan aku?bukan hasrat hati meminta lebih dari yang selayaknya aku terima..aku tahu masih ada batas antara kita..selayaknya kita menjaganya sebaik mungkin kerana pandangan Allah sentiasa memerhatikan hambaNya...tetapi sikapmu buat aku lelah..aku juga punya perasaan..hiba rasa hati bila di hadapan yang lain,aku seperti orang asing...


-nukilan hati-
anna Farhana

Friday, January 6, 2012

Katakan Ya DAN Tak Susah!!




Sayang ayah kamu?Sayang suami kamu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kalau sayang apa tunggu lagi???
.
.
.
.
.
.
.

KATAKAN YA DAN TAK SUSAH PADA....


Senang je kan?^_^




JUST ONE WORD #1



A.K.H.L.A.K


gudnite all..Assalamualaikum...^_^

Thursday, January 5, 2012

Luruskan Hatiku Tuhan

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

By: Mawaddah

Puisi buatMu Illahi..

Assalamualaikum...



Aku kini aku yang baru..
lelahku biar Dia saja yang tahu..
tak perlu ada kamu lagi di sisiku..
sejak awalnya tak pernah ada kamu..
tapi Dia selalu menemani sejak lahirnya aku..

aku kini ingin redha dengan segalanya..
tenang hati bila Dia tempat aku mengadu..
memohon ampun  atas kesilapan lalu..
sejak itu,ingatanku bukan lagi kamu...

tapi bukannya bermakna hati ini tiada lagi kamu..
kerana Dia yang memberi rasa itu..
sukar untuk aku lemparkan jauh dari sudut hati..
sejak mula lagi telah ku tanam kamu imamku..

namun..ketentuan Dia siapa yang tahu..
dalam sujud iskthirahku sahajalah tempat aku meminta..
agar ada impian mahligai kasihku denganmu...
biar kasih sayang hanya dalam diamku..

Tautan kasihku kini,lebih adanya Dia..
yang mencipta kita hambaNya yang lemah..
apalah dayaku andai tiada Dia..
lemahlah aku tanpa Dia..

Terima Kasih pada Sang Pencipta..
Allahu Robbi...Tuhanku Yang Satu...

nukilan hati- Anna farhana-