Followers

Saturday, December 31, 2011

Moga masih ada kesempatan buat diri ini..

Assalamualaikum...

selamat petang semua..hampir sebulan rasanya blog saya ini tidak dijengah memandangkan terlampau sibuk dengan tugasan2 yang perlu diselesaikan..sahabat2 semua sihat ke?semoga kita sentiasa berada di bawah redha Allah..

banyak dugaan yang saya tempuhi sepanjang semester ini..dan sangat2 menguji kesabaran saya..hingga tak terbendung lagi air mata.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi diberi lagi rasa sabar untuk menghadapinya.

Saya bersyukur kerana pelbagai dugaan yang datang membuatkan saya muhasabah diri sendiri dengan segala dosa yang pernah dilakukan..saya kerap kali mengingati mati,bagaimana nanti jika saya dijemput Allah..setiap kali tidur,saya takut saya tidak akan buka mata lagi...dan selepas itu,apa akan saya jawab?ketika itu,air mata terus mengalir mengenangkan diri ini yang sudah jauh dari Allah..Saya solat 5 waktu,tetapi dengan solat sahaja tak cukup..ada perkara yang salah saya lakukan...saya kurang buka kitab Allah..saya lebihkan duniawi..

Hidayah Allah sudah lama mengetuk pintu hati,tetapi saya yang buta tidak mahu memulakan..kerana mentaliti saya ketika itu,saya takut kalau saya berubah,saya tetap buat dosa..dan orang akan mengata saya,mengutuk saya. Saya tundakan solat taubat,sebab saya takut saya akan mengulanginya lagi.Jadi saya biarkan hidayah yang sudah singgah di pintu hati.Sungguh bodohnya saya kerana merugikan masa yang dah tiba..

Kalau saya tidak mulakan sekarang,saya takut saya tidak sempat nanti...keadaan sekeliling,huru hara dunia,dengan segala macam maksiat,betul2 menginsafkan saya..Saya takut nanti saya mati dalam keadaan yang tidak sempurna iman..Allah,ampunkan aku..

buat sahabat2 sekalian,saya mohon ampunkan segala kesalahan saya..jika ada sikap saya,perlakuan saya yang tidak elok,maafkan saya..Maafkan saya sekiranya saya bukan sahabat yang baik buat kalian.post2 saya di dalam blog ini,yang baik anda ambillah..yang buruk jangan diambil..saya akan delete segala post yang tidak mndatangkan manfaat..

sampai disini dulu..insyaallah,kita jumpa lagi..selamat menduduki peperiksaan..Assalamualaikum..=)

Monday, December 5, 2011

warkah buatmu..

Maafkan aku kerana terus memendam rasa ini,
sesungguhnya ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku
tapi aku tahu..
aku harus terus tegarkan hati untuk menerima semua ini...


bohonglah kalau aku katakan yang aku sangat tabah..
adakalanya aku lemah dengan perasaan sendiri..
amat2 sukar bagi aku untuk tersenyum dan redha dengan segalanya..
tapi..aku tahu..aku tak boleh terus lemah..
aku tak mahu kamu lihat air mata aku..
sampai bila2 pun aku tak mahu kamu lihat..
kerana itu..aku pura2 gembira bila di depan kamu..
aku perlu kuatkan juga hati...


aku bukan seorang yang sempurna..
aku juga tidak pernah merasakan aku adalah pilihan utama..
tapi..aku mahu kamu tahu..
aku senantiasa melihat kamu dari jauh..
aku senantiasa ada untuk memastikan kamu bahagia..
biarpun kewujudan aku dipandang sepi tanpa kata-kata..
tapi..aku bahagia melihat kamu sentiasa bahagia di samping teman2mu..
itu sudah cukup bagi aku...


aku tahu aku tak boleh terus mengharap..
kerana aku bimbang andai aku akan kecewa buat kedua kalinya..
maafkan aku andai satu hari nanti,aku tak lagi mampu memendam rasa hati
cuma satu aku mahu kamu tahu..
kamu amat penting dalam hidup aku....
dan aku tak mampu menipu..
yang aku sayang kamu....



doakan aku untuk terus sabar menunggumu..

Sunday, December 4, 2011

Perkara tentang lelaki?betul ke??



Assalamualaikum...xde ape pun yang best entry aku ni..just nak kongsi satu bende yang aku tak tahu hujung pangkalnye betul ke tak.....


Perkara tentang lelaki..!!!
1) Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
2) Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya)
3) Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini)





bende ni aku terbace kat satu wall page ape ntah..huh..yeke statement2 kat atas ni???kaum2 adam..cer komen sikit..bgtau aku kalau betul...


untunglaa kalau betul...