Followers

Thursday, May 26, 2011

mendung tak bererti hujan...

Assalamualaikum and selamat malam....kamu2 sume dah tido ke?

alaa..janganlah tido lagi...maila dengar ana potpet dulu kejap..boleh ea..boleh ea..
haa..macamtula budak baik...hehe..

*ehsan google

berdasarkan tajuk entry di atas...ya!!memang sah dan benar...mendung tak bererti hujan..
seringkali kita skeptik dgn mendung..ate mendung je nak hujan..ate mendung je nak hujan...
tidak..tidak..mendung tak semestinye akan hujan..tak semestinye kome kene angkat baju dijemuran..
hehehe...ok..xlawak..

*ehsan google

apa yang ana nak katakan di sini...jika sesuatu perhubungan tu berantakan..janganlah anda beranggapan bahawa  perhubungan itu dah tak boleh diselamatkan lagi...mungkin masa lama atau cepat jelah untuk pulih...yang penting sabar..ana cakap kat sini untuk peringatan bersama dan utk diri ana sndiri...jangan buat tindakan melulu yang akhirnya mungkin boleh menyebabkan kita kehilangan orang yang kita sayangi...akhirnya menangis tak berlagu...

dan..satu lagi..jangan cepat beranggapan yang bukan2 yang kita sendiri xpasti betul atau tak...sebab itu hanya akan mengurangkan kepercayaan pasangan kita pada diri kita...(diri sendiri la ni)..cuba fahami keadaan pasangan kita..kalau kita nak orang fahami kita,kita sendiri pun kene fahami diri orang lain...

*ehsan google

so....mendung tak bererti akan hujan...and...kalaupun hujan..mana tahu akan muncul pelangi selepas hujan...cantik kan aturan Tuhan??^_^



sentiasa berusaha yang terbaik utk perhubungan....doa...tawakal...bak kata lecturer ana...don't worry be happy...hehe..oklah..nak tido....gudnite...Assalamualaikum..=)

Tuesday, May 24, 2011

Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
cinta kepada Allah..cinta yang hakiki..cinta kepada ibu bapa kekal bersemi...cinta sesama manusia, suburkan dengan ketaqwaan..

Monday, May 23, 2011

jerlus hati





    Tika dingin malam yang sepi...

aku termenung sendiri...
menangisi nasib diri...
cuba mencari jawapan dalam diri...
apa yang aku mahu sebenarnya??

ah!susahnya untuk memahami hati sendiri...
wahai hati!!bagaimana aku bisa membantumu?
jerlus hati bagai kaki tak memijak bumi..
hati terasa sepi..hati terasa mahu menangis...
apa ertinya semua ini?

(-_-)


Friday, May 20, 2011

Dari Kekasih Buat Kekasih



Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

no mood-yang ada hanya keliru

assalamualaikum...
my mood sgt down...
ok..saya manusia xdak perasaan...
saya xleh nak salahkan sesiapa sebab diri sndiri yang buat keputusan...
dan waktu ini terlintas di fikiran..betulkah tindakan aku?
mungkin aku yang terlalu cepat menerima...
aku bukan apa...aku dah letih jaga hati orang..tapi orang xpenah nak jaga hati aku...
and then bile aku dah betul2 xdak perasaan.,napa mase tu baru nak cari aku?
sungguh..saya tak suka orang yang macamtu...
mungkin aku yang terlalu bodoh sebab terlalu sayang dulu..yup..memang aku bodoh..
sekarang,aku still macam dulu..menyayangi orang sampai hati sndiri aku xreti nak jaga..
dan...aku nangis lagi..sampai bila ana kau nak macamni..
please..siapa boleh bantu saya...saya sangat keliru dengan diri saya...(-__-)


Thursday, May 19, 2011

perang exam!


Assalamualaikum...

ermm..ana xde ape nak update pun...
masih dalam mood exam...
3 paper ag lorr....arghhhh!!!!
esok process writing
lusa system analysis and design
tulat discrete structure

fuyooo2!!!hahahahaha....
ok..kepala memang dah tepu...
tapi perjuangan belum selesai..
harus tabahkan hati menempuh peperangan ni...
korang doakan ana yer....

xsabar nak terjah blog korang...
xsabar nak update entry..
xsabar nak touch up teratak ni...

udah ler membebel ana..
study sekarang...babab baru tau...
ok blog..owang nak study la ni..

selamat malam korang2...
tido jangan lupe cuci kaki..ngehehehe..
assalamualaikum...(",)

Monday, May 16, 2011

13 tanda anda telah jatuh cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:




1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Eisya Insyirah melalui laman 



Pandangan ana?

1) saya xreti nak marah2..merajuk je..hehehe...
2)rndw la jugak...:p
3)err...xde lagi jalan sama2..
4)memang saya penyegan..tpi xdelah tersipu2 malu..haha..
5)mana leh tahu!!rahsia antara rahsia!!:p
6)^_^ senyum..xperlu kata apa2...
7) eh..saya pndang jugak sekeliling...mana nak pndang awk je..:p
8)saya dah hafal lagu yang awk tuju kat saya tu..masih jdi sebutan lagi ke nama saya?:p..
9)insyaallah...selalu diingatan sy..dan juga dalam doa sy..
10) xde pun bau..hehehe..
11)senyum tu kan sedekah...
12)insyaallah..klu kita berjodoh..=)
13)yup..memang kamu yang saya fikirkan...encik zul..=D

selamat pagi!!Assalamualaikum...

Sunday, May 15, 2011

ADAB BERGURAU DALAM ISLAM

Assalamualaikum...soalan biase ana nak tanya..sihat?dah makan?ana sihat..dan dah makan dah petang tadi..Lepas dah paper database ari ni....huihh...susah benor asenye soalannye...ana pun apa lagi..sedap menggorenglah tadi..hahahaha...malam ni,ana duk cari apa nak dikongsi dengan korang...duk terjah blog tu..terjah blog ni...ana terjumpa satu entry si empunya blog yang meluahkan perasaannya apabila dia kecil hati dengan kawannya dengan gurauan yang berlebihan...so,terlintas nak search dan cari tertib dan adab2 dalam bergurau ni..Tak salah sebenarnye bergurau ni..ana sndiri pun memang suka bergurau dengan kawan2..tapi kita kene berlapiklah kan gurau2 tu...takut2 kawan kita xboleh trima dengan gurau yang kita duk buat tu...kalau dia boleh terima xpe..tapi tengok jugaklah gurauan tu..jom kita lihat apa yang boleh kita perbaiki dalam pergaulan seharian kita dengan orang sekeliling ketika bergurau..




Dalam Islam, bergurau ini boleh dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bercanda dan bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuatkan mereka gembira.Namun, canda baginda tidak berlebihan dan masih ada batasnya.

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohilah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlah berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani) 

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)

bergurau bergurau jugak...tapi biarlah mengikut batas2 yang dibenarkan islam...kalau nak share dan nak copy silakan...=)

Assalamualaikum kawan2!!!selamat malam!!

Perkara tentang perempuan yang perlu Lelaki tahu

Perempuan yang Perlu LELAKI  Tahu... (",)


Lelaki perlu tahu yang perempuan:



1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
copy paste dari blog http://www.budakbotak.com...tq tuan rumah izinkan saya copy paste..hahahaha....xsempat nak perah otak malam ni...:p

p/s: berkongsilah kamu walaupun satu ayat...^_^



Saturday, May 14, 2011

mari senyum selalu..

Assalamualaikum..selamat petang...camana dengan kehidupan korang?ana harap baik2 aje...ana sekarang dalam mood exam....5 paper masih menanti......aiyyooo..manyak penat..kadang2 rasa beku dah otak ni....tapi..tapi...saya masih mampu tersenyum.....hehehehe.....psikokan diri dengan perkara2 yang positive!!!!hahahaa..macamana?dengan senyumlah....hehehehe...apa yang ana rasa..melalui senyuman boleh merangsang otak kita supaya berfikir dengan lebih baik....walaupun waktu tu kita sedang stress dengan sesuatu perkara,korang senyum je...tapi bukanla maksudnye senyum macam orang xbetul pi mana2 pun senyum je...bila korang stress korang tarik nafas dalam2...lepas..tarik lagi...hembus.....lepas tu senyum....lepas2 study tu, keluar bilik kejap,ambik angin....otak kita xboleh dipaksa2....berikan ruang untuk otak kite rehat sebentar..takpun pasang lagu2 yang happy2...yang damai...lagu tentang keindahan alam...pejam mata rapat2..tpi bukan tdo..cuba bayangkan air sungai yang mengalir...air sungai yang sejuk....cube bayangkannnn....dan senyumm....ataupun boleh jugak kita refresh balik sweet2 memory yang ada yang boleh buat kita senyum.....hahaha..ana kalau stress ni antara cara2 yang ana buat...memang tenang kejap..kui3...jangan lemah dengan diri sndiri!!!ok..ana faham memang manusia ni kadang2 akan mengalami kesakitan jiwa..ataupun emosi yg menggangu...(bukan gila)..cume perlu pandailah cari kaedah yang sesuai..ini tidak...bila tension kenapa nak libatkan orang lain..nak marah2...xbaik tau...please kawal emosi amarah yang ada...stiap orang ade masalah masing2...jangan sampai orang yang xbersalah pun jadi mangsa amarah kita....syaitan pun suka la..so,sayangkan diri anda supaya orang lain turut sayangkan anda...ok!!!

JOM LAYAN LAGU  dari jessi j ni...price tag..tpi versi org lain nyanyi...hehehe...




TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI....LAYANZZZZ....:p

Akhirnya!!!!

Assalamualaikum....selamat pagi...dah pkul1.06am..so,pagi la kan..hehe...akhirnya leh bukak jugak blog kesayangan ni...ingatkan apekehe lah xleh bukak..upenye masalah maintenance...klu lah xleh bukak...arghhhh!!!kesedihanlah mekna.....hukhukhukhuk..........




sekrang ni ade plak kat fb diorang invite ana join group yg diberi nama Sintoreanblog ape ntah...kirenye blogger2 uum la...hehehe..nice jugak..tpi ana kekurangan masa utk layan and tegur sapa dengan rakan2 bloger uum tu...nanti la ea korang..pas abis exam wa pi rumah u all ok..hahahahaha...wa ade 5 paper lagi weh...sapa mau tulun jawabkan...huhuhu...sakit2..tambah2 dengan penyakit malas yang bermaharajalela dalam diri..aishhh..farhana..farhana..apa la nak jadi ngan hang ni....cube korang bagi kata2 motivasi sikit kat ana...apa2 jelah..yang boleh naikkan semangat mengadap buku ni...ana dah buat macam2..siap pi tampal lagi kat whiteboard comel dpn meja ni...."FARHANA!! Jangan malas! ingat abah mak ko!!study smart!!"...hahahaha...tapi xberkesan kowt....adela berkesan kejap..pastu mengantuk balik......arghhhhh!!!!!!!!!!tolongggg!!!!

Thursday, May 12, 2011

Cukup indah- Aliff satar

Tak pernah aku jauh darimu

Meninggalkan cinta kita

Tak pernah aku meluka hatimu

Perasaan dan jiwamu

Segalanya telah ku serah

Hanya engkau terindah


Korus


Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Ku tahu kau mahu ada di hati

Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu

Kekal tinggi di hatiku

Tiada pengganti yang mampu ku cari

Yang secantik diri kamu

Cinta ini untuk dirimu

Rasa ini untukmu


Ulang Korus


Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan untuk dicintai


weweettt...hahaha...

Seandainya kau tahu

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu


Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

buatmu insan yang mengisi hati ini..zulkifli nafi..terima kasih buat saya happy dan tenang ..^_^

Wednesday, May 11, 2011

Penipu..penipu..penipu...

Assalamualaikum..selamat pagi korang..sihat x ari ni?haishhhh..ana geram betul pagi ni tau...

ape tak nye...baru kejap2 tadi ana dapat satu panggilan....NO.PRIVATE..ana pun angkat jelah..takut2 panggilan kecemasan ke ape....bila anna angkat ade la suara LELAKI  cakap macamni...

"Assalamualaikum dan selamat pagi....saya dari Celcom Center Kuala Lumpur nak memberitahu cik..no.celcom cik bernombor sekian2..telah memenangi cabutan bertuah Celcom ape ntah...dan dapat RM5000...jadi cik,saya ucapkan tahniah dan boleh saya tahu cik guna akaun bank mana dan "LANGSUNGNYA" (eh??tersasul cakap indon ke bang?) mau ditransferkan ke akaun cik..."perghhh..apsal tak letak RM100,000 ke bro..banyak sikit kalau nak kelentong aku pun..hahahaha...

anna memang tak tunggu lama dah..terus ana letak..ikutkan nak jugak kelentong2 balik dan tanya macam2 kat mamat tu..tapi takut caller tu ada pukau ke ape...tak pasal2 terbagi nombor akaun anna tu...haishhh...nauzubillah...lepas dapat call tu, ana terus ON LAPTOP( Tengah study sebenarnye ni..malam ni exam) untuk cari kesahihannye...dan memang ramai yang dah dapat panggilan yang sama...alhamdulillah..ana tak mudah tertipu dengan panggilan2 macamtu...

so...ana peringatkan kat korang...tolongggggglah jangan mudah terpedaya dengan apa yang ditawarkan pada korang....walaupun duit dalam bank korang ade RM10 pun,toksahlah gatai2 nak pi bagi...

Yang paling geramnya, ana rasa memang orang tu orang indon sebab dari segi percakapannye tak macam mamat KL langsung...pastu leh plak tersasul cakap indon...haisshhh..ko dah tak ada keja sangat ke kat malaysia ni..aku tengok berlambak spesies ko je kat sini..bersyukurlah ko tu leh keja sini..nak keja,keja la elok2..yang halal..tak payah la nak tipu orang lain dan makan duit haram...bodoh betul lah ko...kat dunia memang la ko leh lepas...kat akhirat sana..sapa nak tolong ko bayar balik duit2 yang dah ko makan tu?haaa..jawabla sendiri yer...

oklah korang..ana nak sambung study yang dah tergendala oleh kerana panggilan BUSUK tu...kalau korang nak share  post ni sharelah...boleh sama2 kongsi supaya sama2 tak ditipu oleh manusia durjana itu...

p/s: doakan ana leh jawab exam network malam ni ok...Assalamualaikum...

Tuesday, May 10, 2011

Bayangan_Aishah


Terkenang saat nan indah

Waktu kita bersama
Berteduh di bawah satu bumbung
Kau buka jalan bahagia
Pada jiwa terbiar luka
Kau memberi kekuatan dalam kepayahan
Di saat ku mencari arah hidup
Tiap waktu dikau memayungiku
Terpesona di bawah redupnya..oh..! oh..!
Bayangmu



Dan aku bagai terlupa
Bahawa takdir yang Esa
Semua telah pun direncana
Kau pergi dalam sekelip mata
Untuk selamanya oh..! oh..!



Bersemadi
Disaatku masih amat memerlu
Keharuman cintamu yang satu
Apa daya ini takdirNya semua
Dan yang tinggal diriku bersama
Bayangan



Namun pun begitu kau tetapkan wujud
Dalam jiwaku bersemi
Tak pernah lari
Kenangan lalu
Kubawa bersamaku
Merindu oh..! oh...!
Bayanganmu
Dikala sepi mendatang
Tak dapatku menahankan
Airmata kerinduan



Semangatmu terasa bersamaku
Walau kita terpisah di dunia
Senyumanmu kini jdi tangisku
Tiap hari waktuku mencari oh..! oh..!
Bayanganmu



Ku hulur doa buatmu
Abadilah di sana oh!
Sejarahmu yang gemilang
Bersamaku
Bayangan, bayanganmu
Bayangan...



anna suka lagu ni...=)

Wednesday, May 4, 2011

tabah hati

Assalamualaikum...selamat malam buat sahabat2 seantero dunia.....sihat2???seandainya tak sihat...anna nasihatkan silalah ke hospital atau klinik yang berdekatan...


sangat tak sabar nak abiskan minggu ni...letih dan anna rasa duk ngadap assignment yang tak sudah2...orang lain sume dah abis and tengah study week...ana duk ngadap ag sume ni...apekehe???????hahahaha....but...but..but....jangan biarkan diri anda berada dalam keadaan yang tension...ok!!!chill ok..banyak2kan bersabar....satu yang anna selalu tanamkan dalam fikiran..perkara biasa bagi seorang pelajar untuk hadapi semua ni...kalau tak, tak adelah namanya belajar...of coz la banyak keje apatah lagi ambik kos multimedia ni....memang xnafikan la berbeza dengan kos business anna ambik dulu...tapi,ana seorang yang suka belajar suatu yang baru but interesting..semua orang mungkin boleh bukak business,tapi xsemua orang tahu untuk bangunkan sistem...sakit kepala otak tau...hahaha....

dan sekali lagi,anna nak mintak maap kat kome2 yang sudi jenguk dan jadi followers anna..anna tak sempat lagi nak jenguk blog korang....sorry..sorry..sorry..sorry....sorrrryyyyyyyy...jangan..jangan..jangan risau..ana akan tetap datang punya...wokey!!!senyum2!!!jaangan sedih2kan diri anda..ceriakan hidup anda ok...terima cabaran yang ada dengan hati yang kuat!!ok!!give me five!!yeahhhh..good gurl/good boy...=D

oklah...sampai sini dulu...nanti ana update ag ok...goodnite korang...muahhhh!!!


Monday, May 2, 2011

Doa untuk kekasih hati

YA Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya...

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.

Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.

Aku datang bersujud dihadapan-Mu,

Sucikan hati aku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendakMu dan semua perjalanan dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya.

janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..

Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..

dan usirlah dia dari relung hati aku..

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat...


Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, ya Allah, 

tolong satukan hati kami.

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku 

dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia.

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa ku ini.

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.


Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat aku.

Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu

yang membimbing aku menuju terang-Mu.

Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku  yang jadi dalam setiap bagian hidup aku, ya Allah.

Amin….